Sunday, February 15, 2009

Sebulan sudah








Hari ni genap sebulan umur Sumeyyah. Alhamdulillah. Setakat hari ni ada beberapa progress Sumeyyah. Ummi akan listkan beberapa perkara yang Ummi nampak pada anak bongu Ummi ni.

  1. muka Sumeyyah telah berubah sedikit - beza dari hari mula-mula Sumeyyah lahir. Orang kata, muka berubah banyak kali, lupa pulak Ummi berapa kali. Tak tahu lah betul ke tak. Lagipun memang lah logik. Takkan lah muka umur setahun sama dengan muka umur 40 tahun adoiii laaaa... heheheh..

  2. Mata putih Sumeyyah tiada lagi kekuning-kuningan tu. Alhamdulillah. Bila macam tu Ummi teringat mata Kakak Sophea masa memula lahir. Macam ni lah.. kebiru-biruan :).

  3. Sangat suka dipegang, di dodoi dan di peluk. Kalau dipegang, Sumeyyah akan diam walaupun lapar. Tapi, kalau letak, dah kenyang pun nangis lagi ish ish.. dah pandai yaaa...

  4. Dah pandai senyum kalau bangun la. Tapi ada juga kadang-kadang tu senyum dalam tidur. Itu namanya mengigau. Ikut sapaaaa lah tu hehehh..

  5. Size badan Sumeyyah dah bertambah sikit. Ummi suka sangat sebab masa lahir dulu, badan Sumeyyah sangatlah kecil nya. Sedih Ummi tengok.

  6. Masa tidur, Sumeyyah selalu meneran. Kalau orang tua, mereka kata teran isi. Mungkinlah kot hehe..

  7. Kalau tidur, selalu buka mulut. Doctor memang kata, kalau baby tidur buka mulut, angin senang masuk. Nanti perut kembung. Memang Sumeyyah selalu kembung lately. Berkoyan-koyan Ummi letak minyak yuyi. It worked sometimes. Other times, tak.. hmmm..

  8. Tidak suka dibedung... nehi! nehi! Kalau kena bedung, kuat nya lah jerit bila terjaga. Kalau tak bedung, suka sangat dia. Boleh lepak-lepak tengok sana, tengok sini.. happy je dia :).








Itu ajelah buat masa ni. Jom tengok gambar Sumeyyah yang Ummi snap hari ni, lepas mandi pagi tadi.

Friday, February 13, 2009

Selamat sudah aqiqah Sumeyyah


Pada 5 Februari 2009 yang lepas, Abah telah menjalankan ibadat aqiqah untuk Sumeyyah. Seekor kambing biri-biri comel bewarna putih dak coklat. Memang tak ada rasanya warna macam tu di Malaysia.





Since Uncle Malik (kawan Abah) bawak camera masa pilih kambing tu, dapatlah gambar kambing tu di snap. Amacam.. comel tak kambing tu? hehee.. dah selamat pun dimakan dagingnya sayang. Abah hantar kambing tu bersama kambing aqiqah Abang Shahmey ke Baitul Arbi Mat'am (restoran) untuk masak Laham Mandhi.




5 Feb tu juga rakyat Malaysia di Jubail ada gathering besar-besaran. Dapatlah mereka semua menjamu selera dengan Laham Mandhi pada malam tu. Alhamdulillah. Kalau ada rezeki, kita boleh buat lagi di Malaysia untuk sanak saudara di Malaysia pulak. Insyaallah.