Monday, October 5, 2009

Mula merangkak


Lama betul Ummi tak update blog Meyyah. Hmmm.. nampaknya Ummi selesa panggil Meyyah since Abang Shahmey pun panggil macam tu. Panggil Chomey macam tak best pulak. Takpelah kan. Kita tukar-tukar apa salahnya.

Sekarang umur Meyyah dah 8 bulan setengah. Namun, badan Meyyah masih comel (kecik) macam Ummi ke? hahahaha!!! Ummi berat tapi Meyyah tak. Berat Meyyah cuma 6kg lebih (masa timbang last month). Kalau naik sekarang pun, tak banyak rasanya. Takpelah Meyyah. Asalkan anak Ummi ni sihat, Alhamdulillah. Ummi kecik-kecik dulu pun tak besar jugak. Kecik aje. Orang selalu panggil Ummi kemetot. Ummi tak kisah pun. It's part and parcel living in this world. Kena tahan apa orang nak kata.

Sekarang, Meyyah dah mula belajar merangkak, walaupun tak laju. Sikit-sikit aje. Itu pun atas katil. Tak sanggup Ummi nak biar Meyyah atas lantai. Kalau letak kat lantai, mesti ada comforter. Setakat ni Ummi selalu nampak Meyyah menyusur atas comforter tu. Laju je kalau nak ambik apa-apa. Kalau atas katil pun laju. Sebab tu Ummi selalu kena jaga. Letak bantal pun dah tak jadi. Meyyah panjat bantal tu. Mungkin Ummi kena letak batu blok kot hahahaha!!! Melampau lah pulak kan.. ;)

Alhamdulillah, setakat ni Meyyah masih makan bubur nasi. Walaupun sometimes ada constipation, Ummi still continue dengan bubur nasi. Sometimes, Ummi bagi fruit di waktu pagi dan petang. So far, Meyyah makan plum and banana. You ate well! Alhamdulillah...

Berebut! ya... memang selalu berebut dengan Abang Shahmey time nak breastfeeding. Kesian anak Ummi ni. Setakat ni selalu Meyyah beralah. Ye lah. Meyyah kecik lagi kan. Tunggu lah besar esok. Tapi kan, kalau dah besar, Abang Shahmey pun takkan nak breastfeed lagi kan.. ;).

Cuaca dah berubah sekarang. Kalau dulu, time Abang Shahmey, kulit dia akan start buat complication. Never do the same mistake twice! Everyday, Ummi sapu lotion kat badan Meyyah. Jergen lah. Apa lagi lotion yang sesuai dengan kita sefamily. Dulu Ummi pakaikan Abang Shahmey johnson2 tu, tak jadi. Makin kerapu kulit dia. Kesian dia. Setakat ni Ummi rajin lagi lah sapu lotion kat badan Meyyah. Nanti, bila Ummi dah start kelas, tak tahu lah. Sapu jugak kot tapi tak pagi lah. Petang-petang sikit :).