Sunday, February 28, 2010

Tak dapat jerit aje

Baby Ummi dah tak baby lagi. Sumeyyah semakin besar. Sekarang umur Sumeyyah dah pun 1 tahun sebulan lebih. Berjalan pun dah laju dan no more merangkak even kat atas katil. MasyaAllah Tabarakallah.

In one way, Ummi rasa seronok tengok Meyyah dah berjalan merata-rata. In another way, Ummi rasa letih sebab tempat-tempat yang Meyyah pergi kebanyakannya ialah tempat-tempat larangan. Meyyah sangat suka pergi dekat water dispenser dan tekan air tu. Meyyah suka pergi ke book rack dan teraburkan buku atas lantai. Meyyah juga suka panjat drawer dan capai apa saja yang ada.

Semalam, masa Ummi solat, Meyyah duduk atas katil dengan Abang Shahmey. Habis aje Ummi solat, Meyyah dah duduk atas meja computer and tekan button. Uwwaaaa!!!! Nasib baik Meyyah belum pandai cabut button. Kalau tidak, makanya akan jadi lah peristiwa Abang Shahmey dulu. Tercabut button keyboard and Abah lah jadi tukang repair.. bestnya kan.. hehe..

Sekarang, bila Meyyah sepah barang dalam bilik, Ummi biar aje. Bila tengahari sikit, baru Ummi kemas balik. Kalau malas lagi, tunggu Abah dekat nak balik baru kemas hehe.. ngelat kan. Tapi mana lah Ummi larat nak kemas and it was like a fun game to you tengok Ummi terbongkok-bongkok mengutip.

Semalam Meyyah batuk teruk. Bila dengar Meyyah batuk, hancur luluh rasa hati Ummi. Kalau lah dapat transfer batuk tu pada Ummi dan biar Meyyah tidur nyenyak. Kesian Ummi dengar sebab batuk Meyyah ada phlegm. Bila Meyyah muntah, lega sikit rasa sebab banyak phlegm keluar. Ummi doa pada ALlah agar Meyyah segera sihat dan gembira. Ummi nak tengok Meyyah selalu happy dan sihat.

Bila Meyyah nakkan sesuatu, Meyyah jerit. Ummi tak tahu dari mana Meyyah dapat idea tu. Mungkin that's the words that you talk now. Kuat pulak tu jerit. Meyyah pun selalu berebut dengan Abang Shahmey. Abang pun bukanlah nak mengalah. Sabar je lah Abang awak tu. Nak duduk atas riba Ummi pun berebut jugak tu. Dulu Kakak Sophea dan Kakak Coan takde pulak berebut macam tu. Mungkin sebab dulu Ummi kerja jadi masa tak banyak spend dengan mereka. Meyyah dan Abang Shahmey agak bertuah sebab Ummi duduk rumah ;). Bab Meyyah jerit ni, Abang pun dah notice. Sakit telinga kadang-kadang tu. Tapi Meyyah sangat sopan bila pergi rumah orang. Setakat ni la. Akan datang Ummi tak tahu lah... heheh..