Wednesday, December 30, 2009

Dah hampir setahun

Diam tak diam, anak sayang Ummi dah nak masuk setahun. 15 January nanti, genaplah Meyyah setahun, InsyaAllah. Sekejap saja masa berlalu. Rasanya baru semalam Ummi menunggu di wad Hospital Mouwasat untuk dibedah. Sekarang Meyyah dah besar dan pandai buat macam-macam termasuklah buat Ummi penat heheh..

Daripada observation Ummi (cewah!!), kesemua anak-anak Ummi suka bangun pagi especially time Ummi nak solat subuh. Meyyah tak terkecuali. Tak lama dulu, bila Ummi sudah solat, Meyyah bangun. Cantik lah tu. Lately, Ummi tengok, Ummi nak start solat saja, Meyyah dah bangun, duduk dan sengih-sengih nak suruh Ummi dokong. Kalau nak susu, surely Meyyah akan merengek. So, Ummi kena lah selesaikan tugas breastfeeding dulu. Then, Meyyah akan baring dan main sorang-sorang. Kalau tak nak susu, Meyyah duduk je tunggu Ummi. Mungkin Meyyah faham yang Ummi kena solat. One thing for sure, sebelum ni, Meyyah tak nak kat Ummi bila Ummi pakai telekung. Bila dah buka telekung, barulah Meyyah angkat tangan suruh ambik. Do I look so scary with the telekung my dear? hehee..

You love to mess up my room! Oh yes!! That's your favorite walaupun Ummi rasa, you have no intention to menyepahkan pun. You just wanna look for your toys or toys to be. Anything that you can eat, much or play, surely Meyyah akan ambik. Yang mana tak berkenan dihati, Meyyah sepahkanlah.. bijak.. bijak..

Merangkak memang dah merata-rata sekarang ni. Since rumah kita dah selamat untuk Meyyah merangkak, Ummi tak risau sangat sekarang. Cuma, I just hope the door to the stairs is always closed. InsyaAllah...

There's no need to blend your food anymore coz' your teeth is sharp enough for you to munch. You swallow just about any kind of food including those that are not good for you. ish ish... Bila Ummi minum air madu lemon, sukanya Meyyah. Dah a few times Meyyah minum. Ummi sudu kan aje. Tak banyak pun masuk rasanya :).

Sometimes, Meyyah buat hal. Tak nak Ummi pegang dan Meyyah chose to sit on the bed. Nak tahu kenapa? Sebenarnya Meyyah ada tactic, baikkkk punya. Bila Ummi lepas Meyyah atas katil, you can easily crawl to the computer. hahaha!!! Your favorite toy! Main mouse, tekan-tekan keyboard. Sangat lah menarik kan. Macam mana menariknya main handphone (main hp abah ya.. hehee..), macam tu lah menariknya main computer kan. Takpe... you're small. Bila Meyyah dah besar macam kakak, mesti Meyyah pun nak berebut dengan kakak untuk play games. Harapnya tak lah sebab games tu tak bagus for you pun.. ;).

Oh ya, lupa Ummi nak tulis. Meyyah tahu, Ummi is so very glad bila everytime Meyyah dengan Bibik, Meyyah mesti hulur tangan nak pergi dekat Ummi. Also, bila Meyyah dengan Ummi, Meyyah tak nak pun dengan Bibik. Ummi suka sangat. Mungkin Meyyah dah tahu yang Ummi memang lebih best dari Bibik kan hehee..

Ummi rasa sampai sini dulu Ummi tulis for this time. Nanti kalau Ummi ingat any progress that you've shown, Ummi tulis lagi ya sayang. Babai dear :)









Thursday, November 12, 2009

Gigi 2 batang

At last, keluar jugak gigi yang ditunggu-tunggu tu. Memula keluar gigi kacip bawah kiri. Ummi tunggu gigi kanan pulak. Tak keluar. Alih-alih gigi atas kiri yang keluar. Jadilah gigi Meyyah 2 batang (atas dan bawah) hahahaha!! Memang takde lagi anak-anak Ummi keluar gigi macam tu. Meyyah lah lain dari orang lain. Tapi bagus gak. Ummi suka :). Masa gigi Meyyah keluar, umu Meyyah lebih kurang 9 bulan. Sama lah macam Abang Shahmey dulu timenya.

Sekarang Meyyah dah lebih kerap merangkak kalau nak ambik sesuatu dan suka lah kutip apa-apa masuk mulut. Ummi kena pastikan atas lantai takde benda-benda kecik yang boleh muat mulut Meyyah yang kecik tu :D.

Meyyah juga dah kerap berdiri. Pantang nampak objek yang boleh dijadikan pemegang, lekas saja berdiri. Tapi Ummi tak rasa Meyyah nak berjalan lagi. Kakak-kakak dan Abang Meyyah dulu cam tu gak. Cepat je berdiri dan meniti tapi berjalan tetap gak umur lebih kurang setahun.

Satu benda yang Ummi suka ialah Meyyah tidur awal :). Kalau takde orang datang rumah, Meyyah tidur lepas Isyak. Kadang-kadang sebelum Isyak dah tidur. Of courselah malam Meyyah bangun nak menyusu. Then gedebum balik. Lepas tu Ummi nak bangun solat subuh, Meyyah pun bangun lah.. adoiiii... betapa risaunya Ummi sebab Ummi takut je Meyyah jatuh katil. So, untuk langkah-langkah keselamatan, Meyyah perlu diturunkan kebawah. Comforter kat bilik Ummi ni nampaknya akan kekal abadi dibawah selagi tak kotor sebab itulah tempat Meyyah akan landing, golek-golek, duduk dan berdiri. Kat situ lah juga Ummi akan longgokkan segala jenis mainan untuk Meyyah ;).

Food wise, memang Meyyah makan agak banyak sekarang walaupun badan Meyyah tetap kecik - maintain.... hehehee. Asalkan anak Ummi ni sihat, Alhamdulillah... Pagi, makan biskut, tengahari makan nasi, petang biskut, malam nasi. Kadang-kadang Ummi suap jugak snacks yang Ummi makan in between ;).

Mulut pun dah bising sekarang. Tapi yang Meyyah cakap cumalah "Teh teh teh teh... " hehehe... nak teh agaknya hahahaha!!!

One thing yang Ummi notice dan rasa happy is, Meyyah dan Abang Shahmey agak rapat. At least for the time being. Mungkin sebab Meyyah dan Abang selalu share susu.. Abang Shahmey sayang Meyyah walaupun kadang-kadang Meyyah pernah jadi mangsa debik Abang Shahmey. Hmmmm... Ummi nak marah pun tak boleh sangat sebab Abang tu pun kecik lagi :). Ummi harap, Meyyah dan Abang terus rapat macam tu dan tak gaduh-gaduh tau..






Monday, October 5, 2009

Mula merangkak


Lama betul Ummi tak update blog Meyyah. Hmmm.. nampaknya Ummi selesa panggil Meyyah since Abang Shahmey pun panggil macam tu. Panggil Chomey macam tak best pulak. Takpelah kan. Kita tukar-tukar apa salahnya.

Sekarang umur Meyyah dah 8 bulan setengah. Namun, badan Meyyah masih comel (kecik) macam Ummi ke? hahahaha!!! Ummi berat tapi Meyyah tak. Berat Meyyah cuma 6kg lebih (masa timbang last month). Kalau naik sekarang pun, tak banyak rasanya. Takpelah Meyyah. Asalkan anak Ummi ni sihat, Alhamdulillah. Ummi kecik-kecik dulu pun tak besar jugak. Kecik aje. Orang selalu panggil Ummi kemetot. Ummi tak kisah pun. It's part and parcel living in this world. Kena tahan apa orang nak kata.

Sekarang, Meyyah dah mula belajar merangkak, walaupun tak laju. Sikit-sikit aje. Itu pun atas katil. Tak sanggup Ummi nak biar Meyyah atas lantai. Kalau letak kat lantai, mesti ada comforter. Setakat ni Ummi selalu nampak Meyyah menyusur atas comforter tu. Laju je kalau nak ambik apa-apa. Kalau atas katil pun laju. Sebab tu Ummi selalu kena jaga. Letak bantal pun dah tak jadi. Meyyah panjat bantal tu. Mungkin Ummi kena letak batu blok kot hahahaha!!! Melampau lah pulak kan.. ;)

Alhamdulillah, setakat ni Meyyah masih makan bubur nasi. Walaupun sometimes ada constipation, Ummi still continue dengan bubur nasi. Sometimes, Ummi bagi fruit di waktu pagi dan petang. So far, Meyyah makan plum and banana. You ate well! Alhamdulillah...

Berebut! ya... memang selalu berebut dengan Abang Shahmey time nak breastfeeding. Kesian anak Ummi ni. Setakat ni selalu Meyyah beralah. Ye lah. Meyyah kecik lagi kan. Tunggu lah besar esok. Tapi kan, kalau dah besar, Abang Shahmey pun takkan nak breastfeed lagi kan.. ;).

Cuaca dah berubah sekarang. Kalau dulu, time Abang Shahmey, kulit dia akan start buat complication. Never do the same mistake twice! Everyday, Ummi sapu lotion kat badan Meyyah. Jergen lah. Apa lagi lotion yang sesuai dengan kita sefamily. Dulu Ummi pakaikan Abang Shahmey johnson2 tu, tak jadi. Makin kerapu kulit dia. Kesian dia. Setakat ni Ummi rajin lagi lah sapu lotion kat badan Meyyah. Nanti, bila Ummi dah start kelas, tak tahu lah. Sapu jugak kot tapi tak pagi lah. Petang-petang sikit :).









Sunday, August 2, 2009

Flu.. flu.. please go away...

Hari ni Meyyah tak keluar dari bilik Ummi langsung. Memang sengaja Ummi biarkan Meyyah duduk dalam bilik Ummi untuk kurangkan dust masuk hidung Meyyah. Semalam Meyyah tak tidur nyenyak sebab hidung sumbat. Bila Ummi wipe your nose, you scream like nobody's business. Ummi boleh imagine the pain you went through. Ummi yang dah tua ni pun tak larat jugak bila asyik blow my nose bila flu. Ini pulak Meyyah.

Lepas bagi ubat, Ummi bagi Meyyah rehat. Then makan. Lepas tu Meyyah tidur. Kakak-kakak nak bawak Meyyah keluar pun Ummi tak bagi. Biar saja Meyyah baring di katil Ummi. Kejap lagi Ummi nak suap makan lagi. Lepas tu suap ubat. Then tidur lah balik ya sayang. Ummi doakan Meyyah segera sihat. Ummi sedih tengok Meyyah tak sihat sebab Meyyah tak ceria. Mulut pun tak bising.

Gambar-gambar kat bawah ni saja ummi upload sebab Ummi dah lama tak uploas gambar Meyyah. Looking at the date, Meyyah boleh lah tahu its the latest to the earliest. Dah upload gambor kat blogspot ni gitu. Apa nak buat kan. Layan je la... :)












Tuesday, July 21, 2009

Dah mula makan


On the way balik Malaysia baru ni (di airport), Ummi suap tomato soup pada Meyyah. Memula Ummi tak nak bagi pun tapi bila Meyyah nampak macam nganga mulut bila tengok Ummi makan, Ummi pun suap lah. Surprisingly, banyak jugak Meyyah makan heheh.. Kesian dia. Rupanya Meyyah dah ready for food ya.

Bila di Malaysia, Opah masakkan bubur nasi. Ummi pun ada beli instant food dalam botol kecik tu. Meyyah memang makan. So, sekarang ni, bila dah ada di rumah kita, Ummi akan masak bubur nasi untuk Meyyah. Lebih sihat macam tu kan.

Lagi satu, after waiting for quite long, Meyyah mula meniarap on 11 July 2009. Kebetulan Ummi nampak. So, Ummi pun snap lah. Tapi, Ummi malas nak upload gambar dulu. Bukan malas tapi Ummi penat sangat today. Nanti-nanti, Ummi upload gambar ya sayang.

Wednesday, May 27, 2009

Lawatan kedua


Hati Ummi sedih bila Chomey batuk semula. Lepas vaccination hari Rabu lepas, Chomey demam. Tapi tak lama. Lepas tu Chomey batuk balik. On the 23rd May, Abah dan Ummi bawak Chomey jumpa doctor semula. Kali ni pergi jumpa doctor Kamal Ghairabeh. Kalau pergi Doctor Dina, silap-silap, kena nebulizer lagi sekali. Tak berkesudahan.

Dr. Kamal kata, situation macam tu biasa. Babies memang lambat sikit nak recover kalau sakit. Ohh.. gitu pulak! Ummi ingatkan kalau babies sakit senang sihat. Terbalik lah maknanya. Dr. Kamal bagi umat lain - fenistil dan apsal nose drops.

Setakat hari ni batuk Chomey nampaknya masih ada walaupun tak kerap sangat. Tapi setiap kali Chomey batuk, hati Ummi sangatlah tak tenteramnya. Kalau lah boleh transfer batuk tu pada Ummi kan senang. Tapi Ummi tahu, Allah lebih tahu apa yang terbaik. Sabar ya anak Ummi sayang. Cepatlah sembuh..







Tuesday, May 19, 2009

Get well soon my darling

You were smiling, laughing and giggling
You tried to touch the small pooh with the bell inside
I was amused and laughed together
I smiled and chuckled

Suddenly, you cough
A strange sound came from your throat
It was more like a dry phglem
and you cough again
after so many coughes

Ouch!
My heart wrenched and broke
No more smile on my lips
It hurt so much to hear you coughing my dear

How I wish we could swap
Let me be the one who cough
and you'll be in my shoes
Insyaallah, I could handle it better

You are too small to suffer the irritation
You are too naive to swallow the drugs

I am sorry my dear..
if it was due to your Ummi that you get sick
I wish I knew the root cause of it
and turn back time to do a correction
How I wish....

Ya Allah
Please forgive me
if it was due to my sin that my girl got sick
Please forgive me Ya Allah
Please bring back the happiness in her
Please bring away the cough and itchiness in her throat
Please... please... please...
Ameen...

Monday, May 11, 2009

She hates it



1st dose - 5 pm 5th April 2009

After more than a week of coughing, we brought her to meet Dr Dina at Mouwasat Hospital. As suspected, we were 'softly' scolded by the doctor. Yes, my dear. We should have brought you earlier to the hospital. We thought, the cough would go by itself. We didn't want you to be exposed to the drugs too soon, indeed. But, it seems that you have to 'take' the drugs really soon - at your 3 1/2 month of age. Poor my baby...

Just like your brother and sisters, you don't like nebulizer too. You screamed and cried whenever that huge mask started to blow the unfriendly smoke. Ummi really pity you but nothing much Ummi can do. The fume was escpecially crucial to soften you phlegm. Please bear with it.




Finally! On May 5th 2009 at 6.00pm, you completed your nebulizer dose. Alhamdulillah. No more trip to the hospital. But, you still coughing. Yes, it was much better actually. Please my dear. Get well soon. Ummi is worried whenever you cough. It hurts me so much...

Saturday, April 18, 2009

I'm a big big girl







I love to smile

I love to laugh

I love to cry

I love to scream

I love you... Ummi!


Ummi love you too sayang...














Note: Sumeyyah is 3 months and 3 days old by today :).

Lambatnya la dia nak jadi 1 year and 3 months and 3 days old... ;)

Sunday, April 12, 2009

Siang mengantuk malam berjaga




Letih Ummi.. dah banyak hari Chomey tidur siang dan tidur lambat pada malamnya. Ummi kena bangun awal sebab subuh awal sekarang. Before 4am dah masuk subuh. Walaupun Subuh Ummi tak lah sebelum 4am tu, Ummi tak boleh lah bangun lebih dari 5am. Nanti Subuh Ummi jadi Subuh gajah lah pulak hahahah!!!

Kalau Ummi tengok Chomey tidur dalam pukul 8 malam tu, Ummi memang sangat risau sebab Chomey akan berjaga dari jam 9 sampai lah tak tahu berapa. Nak bagi letih, terpaksalah Ummi angkat-angkat Chomey, main cak cak dengan Chomey bila Chomey bangun. Itu untuk buatkan Chomey rasa mual dan muak nak main cak cak dengan Ummi. Dengan harapan juga supaya Chomey berfikir, "dari Chomey main dengan orang tua ni, baik lah Chomey tidur" heheee..

Ada masanya, Ummi teramatlah mengantuk. Ummi tidur aje tanpa pedulikan Chomey tak tidur lagi. Of courselah masa tu Chomey tak nangis. Kalau Chomey nangis, mestilah Ummi tak dapat nak tidur kan.. Chomey terkelip-kelip tengok Ummi tidur. Agaknya dalam hati mungkin Chomey berfikir "amboiiii... sedapnya dia tidur. Mentang-mentanglah Chomey tak pandai nak mencubit lagi. Kalau Chomey dah pandai.. Chomey cubit cubit aje Ummi ni...". Agaknya laaaa...

Semalam, Ummi dah risau bila Chomey tidur dengan bestnya lepas maghrib. Lama betul Chomey tidur. True enough, jam 9 lebih Chomey bangun.. uwwaaa!!! bermulalah episod Ummi 'memenatkan' Chomey. Alhamdulillah, before 11pm, Chomey dah tidur.. Fooh!! legaaa... :).

Wednesday, April 8, 2009

Uk uk juga akhirnya..


Ummi risau betul bila Sumeyyah banyak hari tak berak. Kalau ikutkan, perkara biasa aje. Kakak-kakak dan Abang Shahmey pun pernah macam tu masa kecil. Doctor pun kata biasa. Tapi, sebagai Ummi, tetap risau. Selalu membilang hari bilalah Sumeyyah nak berak.

Alhamdulillah, tadi Chomey dah pun uk uk.. heheh.. rasanya Chomey tak payah teran mana pun sebab uk uk Chomey tak lah macam orang besar.. hehee.. gross lah pulak cakap pasal ni kan. Macam takde cerita lain nak tulis. Takpelah, at least nanti bila doctor tanya later on, boleh gak Ummi refer bila Sumeyyah tak uk uk lama tu..

Start semalam, Chomey kena flu. Sedih Ummi. Satunya sebab mata Chomey asyik berair, hidung pun sumbat. Tak selesa nak tidur. Kejap-kejap nangis. Keduanya, bila Chomey nangis, Ummi yang tak lena tidur! huhuuu... tapi takpelah. Ummi tak kisah sangat sebab Ummi bukan kerja pun. Cuma pergi kelas aje. Itu takpe sebab kelas tu active. Insyaallah, tak ngantuk. Lagipun, memang Ummi tak akan lena tidur bila anak Ummi ni tak sihat.







Cepatlah sembuh sayangku. Kali ni Ummi tayang gambar Chomey pakai barut yang Auntie As bagi. Banyak betul barut dia bagi. Semua dari Malaysia. Terima kasih ya Auntie As. Susah-susah aje. Dah lah barang Auntie As pun banyak. Errr.. Ummi kata, terima kasih daun keladi huhuuu...

Saturday, March 28, 2009

Ummi dah habis pantang :)



Kalau di Malaysia, Ummi Sumeyyah kira dah masuk kerja semula. Hari ni dah 71 hari umur Sumeyyah. Lama betul Ummi tinggalkan blog Chomey ni ya. Sorry lah Chomey. Ummi ni sibuk dengan macam-macam hal. Walaupun Ummi sibuk, Ummi tak lupa nak susukan anak Ummi kan... :).

Ummi kena update jugak sebab nanti bila Chomey besar, Chomey mesti nak tanya banyak benda. Jadi, tak payahlah Ummi cerita. Chomey baca ajelah blog ni. Itupun kalau en bl0gspot masih sudi sponsor blogger ni heheh..

As up to date, Sumeyyah dah mula buat semua ni:

  1. Mengagah bila diusik

  2. Berikan senyuman yang manis untuk Ummi

  3. Menangis dan mencebik kalau sakit - terkena apa-apa secara tak sengaja. Takkan lah Ummi nak pukul Chomey kan... :)

  4. Angkat kepala bila Ummi tiarapkan Chomey - quite a strong lady nih!

  5. Minum susu dengan banyaknya - maknanya lama lah kena berkepam heheh..

  6. Pandang aje kalau orang lalu tapi tak duduk main dengan Chomey - as if Chomey cuba untuk sampaikan "hello....!! tak nampak ke saya ni??" hehee...

  7. Selalu wee wee lepas mandi especially time belum pakai diapers. Adush!!

  8. Dah kurang menangis waktu malam - yeayyy!!!


Dah banyak gambar Chomey yang Ummi snap tapi since masa suntuk, tak dapat Ummi dah upload. Kali ni mesti upload jugak... enjoy ye sayang.. :)











Sunday, February 15, 2009

Sebulan sudah








Hari ni genap sebulan umur Sumeyyah. Alhamdulillah. Setakat hari ni ada beberapa progress Sumeyyah. Ummi akan listkan beberapa perkara yang Ummi nampak pada anak bongu Ummi ni.

  1. muka Sumeyyah telah berubah sedikit - beza dari hari mula-mula Sumeyyah lahir. Orang kata, muka berubah banyak kali, lupa pulak Ummi berapa kali. Tak tahu lah betul ke tak. Lagipun memang lah logik. Takkan lah muka umur setahun sama dengan muka umur 40 tahun adoiii laaaa... heheheh..

  2. Mata putih Sumeyyah tiada lagi kekuning-kuningan tu. Alhamdulillah. Bila macam tu Ummi teringat mata Kakak Sophea masa memula lahir. Macam ni lah.. kebiru-biruan :).

  3. Sangat suka dipegang, di dodoi dan di peluk. Kalau dipegang, Sumeyyah akan diam walaupun lapar. Tapi, kalau letak, dah kenyang pun nangis lagi ish ish.. dah pandai yaaa...

  4. Dah pandai senyum kalau bangun la. Tapi ada juga kadang-kadang tu senyum dalam tidur. Itu namanya mengigau. Ikut sapaaaa lah tu hehehh..

  5. Size badan Sumeyyah dah bertambah sikit. Ummi suka sangat sebab masa lahir dulu, badan Sumeyyah sangatlah kecil nya. Sedih Ummi tengok.

  6. Masa tidur, Sumeyyah selalu meneran. Kalau orang tua, mereka kata teran isi. Mungkinlah kot hehe..

  7. Kalau tidur, selalu buka mulut. Doctor memang kata, kalau baby tidur buka mulut, angin senang masuk. Nanti perut kembung. Memang Sumeyyah selalu kembung lately. Berkoyan-koyan Ummi letak minyak yuyi. It worked sometimes. Other times, tak.. hmmm..

  8. Tidak suka dibedung... nehi! nehi! Kalau kena bedung, kuat nya lah jerit bila terjaga. Kalau tak bedung, suka sangat dia. Boleh lepak-lepak tengok sana, tengok sini.. happy je dia :).








Itu ajelah buat masa ni. Jom tengok gambar Sumeyyah yang Ummi snap hari ni, lepas mandi pagi tadi.