Wednesday, October 20, 2010

1 tahun 9 bulan 5 hari :)

A big girl? It seems to me. Alhamdulillah.

All the words that she could utter so far:

1. Air
2. Minum
3. Ummi/Mimi
4. bubu (ibu) - dia ikut sibibik la tu..
5. Tatak (kakak)
6. Abah
7. babang (Abang)
8. dido (tidur)
9. tutu (susu)
10. tuta (tukar) - ni bila tengah bf ;)
11. nanak (nak) hehe..


MasyaAllah Tabarakallah!!





Saturday, July 24, 2010

Abang marah Meyyah!


Preng!! hehe.. sound effect canggih tuu..

Ummi dah nak habis solat tapi terdengar jugak lah ada benda jatuh. Then Ummi dengar,

Meyyah!!! Shahmey jerit slow. Takut Ummi dengar agaknya.

Ummi dah selesai solat, Ummi pusing kiri. Tengok Shahmey ketuk-ketuk manja kepala Meyyah.

Eee... Meyyah niiiii....

Sambil-sambil tu, Shahmey kutip paper clips yang Meyyah ambik dari drawer Ummi dan jatuhkan.. sebab tu bunyi dia cam tu hehee..





Tapi, bila Ummi dah snap gambar, Shahmey pun tinggal je paper clip tu. Ummi jugak lah yang kemas. Memang bijak sungguh anak-anak Ummi ;). MasyaAllah!

Meyyah sekarang dha selalu panggil Ummi. Sukanya hati Ummi sebab seingat Ummi, anak-anak yang lain lambat sangat nak panggil Ummi. Abah je selalu diorang panggil. Kesian Ummi kan. Ummi yang penat beranak, Abah yang dapat nama dulu ;).

Meyyah dah pandai turun naik katil walapun ada kalanya terkucil masa nak naik tu hehe.. dan Meyyah juga dah pandai buat muka kalau nak ambik gambar. Alhamdulillah. Ummi bersyukur dengan semua kurniaan Allah ni. Semoga semua anak Ummi menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Ameen...

Wednesday, May 26, 2010

Air masak - in a cup please :)


Dalam 4 orang anak Ummi, Ummi rasa paling banyak bangun untuk Meyyah walaupun Meyyah dah setahun 4 bulan. Somehow, Meyyah selalu haus tengah malam. Bila Meyyah jaga, Meyyah akan tunjuk-tunjuk. Ummi dah tahu dah. Memula dulu, memang Ummi selalu sediakan air masak dalam botol. Meyyah akan minum habis.


Bila Meyyah dah besar sikit sekarang, Meyyah tak nak air masak dalam botol lagi. Kalau minum pun, sikit je. Tak puas agaknya. Ummi kena letak air masak dalam cawan dalam bilik. Kalau terlupa, kena lah Ummi bangun pergi dapur ambik air masak. Tahan je lah dengar Meyyah menangis sekuat hati sebab tak nak kena tinggal dengan Ummi. So, Ummi kena selalu ingat, letak air dalam bilik... letak air dalam bilik heheh..

Kalau siang-siang, Meyyah nak pegang sendiri cup tu. Bila Ummi pegangkan, Meyyah tarik cup tu. Semuanya nak sendiri. Alhamdulillah. Ummi bimbang air tu tumpah je. Kalau tak tumpah okay la :).


Sekarang ni, Ummi paling risau sebab Meyyah suka masuk bawah katil. Sebelum ni, Abang Shahmey takde pulak buat macam tu. Ummi harap takde apa-apa berlaku. Harap-harapnya, Meyyah akan segera tinggalkan hobi masuk bawah katil ni ya...

Sunday, February 28, 2010

Tak dapat jerit aje

Baby Ummi dah tak baby lagi. Sumeyyah semakin besar. Sekarang umur Sumeyyah dah pun 1 tahun sebulan lebih. Berjalan pun dah laju dan no more merangkak even kat atas katil. MasyaAllah Tabarakallah.

In one way, Ummi rasa seronok tengok Meyyah dah berjalan merata-rata. In another way, Ummi rasa letih sebab tempat-tempat yang Meyyah pergi kebanyakannya ialah tempat-tempat larangan. Meyyah sangat suka pergi dekat water dispenser dan tekan air tu. Meyyah suka pergi ke book rack dan teraburkan buku atas lantai. Meyyah juga suka panjat drawer dan capai apa saja yang ada.

Semalam, masa Ummi solat, Meyyah duduk atas katil dengan Abang Shahmey. Habis aje Ummi solat, Meyyah dah duduk atas meja computer and tekan button. Uwwaaaa!!!! Nasib baik Meyyah belum pandai cabut button. Kalau tidak, makanya akan jadi lah peristiwa Abang Shahmey dulu. Tercabut button keyboard and Abah lah jadi tukang repair.. bestnya kan.. hehe..

Sekarang, bila Meyyah sepah barang dalam bilik, Ummi biar aje. Bila tengahari sikit, baru Ummi kemas balik. Kalau malas lagi, tunggu Abah dekat nak balik baru kemas hehe.. ngelat kan. Tapi mana lah Ummi larat nak kemas and it was like a fun game to you tengok Ummi terbongkok-bongkok mengutip.

Semalam Meyyah batuk teruk. Bila dengar Meyyah batuk, hancur luluh rasa hati Ummi. Kalau lah dapat transfer batuk tu pada Ummi dan biar Meyyah tidur nyenyak. Kesian Ummi dengar sebab batuk Meyyah ada phlegm. Bila Meyyah muntah, lega sikit rasa sebab banyak phlegm keluar. Ummi doa pada ALlah agar Meyyah segera sihat dan gembira. Ummi nak tengok Meyyah selalu happy dan sihat.

Bila Meyyah nakkan sesuatu, Meyyah jerit. Ummi tak tahu dari mana Meyyah dapat idea tu. Mungkin that's the words that you talk now. Kuat pulak tu jerit. Meyyah pun selalu berebut dengan Abang Shahmey. Abang pun bukanlah nak mengalah. Sabar je lah Abang awak tu. Nak duduk atas riba Ummi pun berebut jugak tu. Dulu Kakak Sophea dan Kakak Coan takde pulak berebut macam tu. Mungkin sebab dulu Ummi kerja jadi masa tak banyak spend dengan mereka. Meyyah dan Abang Shahmey agak bertuah sebab Ummi duduk rumah ;). Bab Meyyah jerit ni, Abang pun dah notice. Sakit telinga kadang-kadang tu. Tapi Meyyah sangat sopan bila pergi rumah orang. Setakat ni la. Akan datang Ummi tak tahu lah... heheh..





Friday, January 15, 2010

Setahun sudah berlalu

Terasa baru semalam Ummi melahirkan Sumeyyah ke dunia yang fana ini. Masih terasa debaran dihati Ummi bila masuk operation theater. Pasti semua ibu pun begitu, sayang. Alhamdulillah, Meyyah selamat dilahirkan ke dunia ini tahun lepas pada tarikh hari ini. Hari Khamis hari Sumeyyah melihat dunia ini. Alhamdulillah.


Ummi amat bersyukur kepada ALlah kerana dikurniakan anak secomel Sumeyyah. Biarlah apa kata orang lain. Itu langsung tak penting. Sumeyyah cantik dan comel di mata Ummi. Sumeyyah menenangkan Ummi semasa fikiran Ummi runsing. Sumeyyah mengajar Ummi erti kesabaran dengan lebih mendalam lagi. Sumeyyah menjadi penghibur Ummi tak kira waktu, walaupun diwaktu malam dimana orang lain semua tidur nyenyak. Igauan Sumeyyah menggembirakan Ummi. MasyaAllah... betul lah kata orang, Allah tahu perancanganNya. Manusia merancang, Allah merancang tapi perancangan Allah perfect! Tak seperti perancangan manusia yang selalu sahaja ada kesilapan.


Ummi doakan anak Ummi selalu bahagia dimana sahaja berada. Semoga Allah sentiasa melindungi Sumeyyah setiap masa. Ummi juga mendoakan Sumeyyah berjaya hidup di dunia dan akhirat. Jadilah anak yang menggembirakan hati Ummi dan Abah ya sayang. Sumeyyah perlu ingat, tujuan kita berada didunia ini adalah sebagai hamba Allah. Jadi, tunaikanlah tanggungjawab sebagai hamba Allah yang bersyukur supaya kita dapat hidup berbahagia selama-lamanya disana nanti. InsyaAllah...