Friday, January 15, 2010

Setahun sudah berlalu

Terasa baru semalam Ummi melahirkan Sumeyyah ke dunia yang fana ini. Masih terasa debaran dihati Ummi bila masuk operation theater. Pasti semua ibu pun begitu, sayang. Alhamdulillah, Meyyah selamat dilahirkan ke dunia ini tahun lepas pada tarikh hari ini. Hari Khamis hari Sumeyyah melihat dunia ini. Alhamdulillah.


Ummi amat bersyukur kepada ALlah kerana dikurniakan anak secomel Sumeyyah. Biarlah apa kata orang lain. Itu langsung tak penting. Sumeyyah cantik dan comel di mata Ummi. Sumeyyah menenangkan Ummi semasa fikiran Ummi runsing. Sumeyyah mengajar Ummi erti kesabaran dengan lebih mendalam lagi. Sumeyyah menjadi penghibur Ummi tak kira waktu, walaupun diwaktu malam dimana orang lain semua tidur nyenyak. Igauan Sumeyyah menggembirakan Ummi. MasyaAllah... betul lah kata orang, Allah tahu perancanganNya. Manusia merancang, Allah merancang tapi perancangan Allah perfect! Tak seperti perancangan manusia yang selalu sahaja ada kesilapan.


Ummi doakan anak Ummi selalu bahagia dimana sahaja berada. Semoga Allah sentiasa melindungi Sumeyyah setiap masa. Ummi juga mendoakan Sumeyyah berjaya hidup di dunia dan akhirat. Jadilah anak yang menggembirakan hati Ummi dan Abah ya sayang. Sumeyyah perlu ingat, tujuan kita berada didunia ini adalah sebagai hamba Allah. Jadi, tunaikanlah tanggungjawab sebagai hamba Allah yang bersyukur supaya kita dapat hidup berbahagia selama-lamanya disana nanti. InsyaAllah...