Thursday, November 12, 2009

Gigi 2 batang

At last, keluar jugak gigi yang ditunggu-tunggu tu. Memula keluar gigi kacip bawah kiri. Ummi tunggu gigi kanan pulak. Tak keluar. Alih-alih gigi atas kiri yang keluar. Jadilah gigi Meyyah 2 batang (atas dan bawah) hahahaha!! Memang takde lagi anak-anak Ummi keluar gigi macam tu. Meyyah lah lain dari orang lain. Tapi bagus gak. Ummi suka :). Masa gigi Meyyah keluar, umu Meyyah lebih kurang 9 bulan. Sama lah macam Abang Shahmey dulu timenya.

Sekarang Meyyah dah lebih kerap merangkak kalau nak ambik sesuatu dan suka lah kutip apa-apa masuk mulut. Ummi kena pastikan atas lantai takde benda-benda kecik yang boleh muat mulut Meyyah yang kecik tu :D.

Meyyah juga dah kerap berdiri. Pantang nampak objek yang boleh dijadikan pemegang, lekas saja berdiri. Tapi Ummi tak rasa Meyyah nak berjalan lagi. Kakak-kakak dan Abang Meyyah dulu cam tu gak. Cepat je berdiri dan meniti tapi berjalan tetap gak umur lebih kurang setahun.

Satu benda yang Ummi suka ialah Meyyah tidur awal :). Kalau takde orang datang rumah, Meyyah tidur lepas Isyak. Kadang-kadang sebelum Isyak dah tidur. Of courselah malam Meyyah bangun nak menyusu. Then gedebum balik. Lepas tu Ummi nak bangun solat subuh, Meyyah pun bangun lah.. adoiiii... betapa risaunya Ummi sebab Ummi takut je Meyyah jatuh katil. So, untuk langkah-langkah keselamatan, Meyyah perlu diturunkan kebawah. Comforter kat bilik Ummi ni nampaknya akan kekal abadi dibawah selagi tak kotor sebab itulah tempat Meyyah akan landing, golek-golek, duduk dan berdiri. Kat situ lah juga Ummi akan longgokkan segala jenis mainan untuk Meyyah ;).

Food wise, memang Meyyah makan agak banyak sekarang walaupun badan Meyyah tetap kecik - maintain.... hehehee. Asalkan anak Ummi ni sihat, Alhamdulillah... Pagi, makan biskut, tengahari makan nasi, petang biskut, malam nasi. Kadang-kadang Ummi suap jugak snacks yang Ummi makan in between ;).

Mulut pun dah bising sekarang. Tapi yang Meyyah cakap cumalah "Teh teh teh teh... " hehehe... nak teh agaknya hahahaha!!!

One thing yang Ummi notice dan rasa happy is, Meyyah dan Abang Shahmey agak rapat. At least for the time being. Mungkin sebab Meyyah dan Abang selalu share susu.. Abang Shahmey sayang Meyyah walaupun kadang-kadang Meyyah pernah jadi mangsa debik Abang Shahmey. Hmmmm... Ummi nak marah pun tak boleh sangat sebab Abang tu pun kecik lagi :). Ummi harap, Meyyah dan Abang terus rapat macam tu dan tak gaduh-gaduh tau..






Monday, October 5, 2009

Mula merangkak


Lama betul Ummi tak update blog Meyyah. Hmmm.. nampaknya Ummi selesa panggil Meyyah since Abang Shahmey pun panggil macam tu. Panggil Chomey macam tak best pulak. Takpelah kan. Kita tukar-tukar apa salahnya.

Sekarang umur Meyyah dah 8 bulan setengah. Namun, badan Meyyah masih comel (kecik) macam Ummi ke? hahahaha!!! Ummi berat tapi Meyyah tak. Berat Meyyah cuma 6kg lebih (masa timbang last month). Kalau naik sekarang pun, tak banyak rasanya. Takpelah Meyyah. Asalkan anak Ummi ni sihat, Alhamdulillah. Ummi kecik-kecik dulu pun tak besar jugak. Kecik aje. Orang selalu panggil Ummi kemetot. Ummi tak kisah pun. It's part and parcel living in this world. Kena tahan apa orang nak kata.

Sekarang, Meyyah dah mula belajar merangkak, walaupun tak laju. Sikit-sikit aje. Itu pun atas katil. Tak sanggup Ummi nak biar Meyyah atas lantai. Kalau letak kat lantai, mesti ada comforter. Setakat ni Ummi selalu nampak Meyyah menyusur atas comforter tu. Laju je kalau nak ambik apa-apa. Kalau atas katil pun laju. Sebab tu Ummi selalu kena jaga. Letak bantal pun dah tak jadi. Meyyah panjat bantal tu. Mungkin Ummi kena letak batu blok kot hahahaha!!! Melampau lah pulak kan.. ;)

Alhamdulillah, setakat ni Meyyah masih makan bubur nasi. Walaupun sometimes ada constipation, Ummi still continue dengan bubur nasi. Sometimes, Ummi bagi fruit di waktu pagi dan petang. So far, Meyyah makan plum and banana. You ate well! Alhamdulillah...

Berebut! ya... memang selalu berebut dengan Abang Shahmey time nak breastfeeding. Kesian anak Ummi ni. Setakat ni selalu Meyyah beralah. Ye lah. Meyyah kecik lagi kan. Tunggu lah besar esok. Tapi kan, kalau dah besar, Abang Shahmey pun takkan nak breastfeed lagi kan.. ;).

Cuaca dah berubah sekarang. Kalau dulu, time Abang Shahmey, kulit dia akan start buat complication. Never do the same mistake twice! Everyday, Ummi sapu lotion kat badan Meyyah. Jergen lah. Apa lagi lotion yang sesuai dengan kita sefamily. Dulu Ummi pakaikan Abang Shahmey johnson2 tu, tak jadi. Makin kerapu kulit dia. Kesian dia. Setakat ni Ummi rajin lagi lah sapu lotion kat badan Meyyah. Nanti, bila Ummi dah start kelas, tak tahu lah. Sapu jugak kot tapi tak pagi lah. Petang-petang sikit :).









Sunday, August 2, 2009

Flu.. flu.. please go away...

Hari ni Meyyah tak keluar dari bilik Ummi langsung. Memang sengaja Ummi biarkan Meyyah duduk dalam bilik Ummi untuk kurangkan dust masuk hidung Meyyah. Semalam Meyyah tak tidur nyenyak sebab hidung sumbat. Bila Ummi wipe your nose, you scream like nobody's business. Ummi boleh imagine the pain you went through. Ummi yang dah tua ni pun tak larat jugak bila asyik blow my nose bila flu. Ini pulak Meyyah.

Lepas bagi ubat, Ummi bagi Meyyah rehat. Then makan. Lepas tu Meyyah tidur. Kakak-kakak nak bawak Meyyah keluar pun Ummi tak bagi. Biar saja Meyyah baring di katil Ummi. Kejap lagi Ummi nak suap makan lagi. Lepas tu suap ubat. Then tidur lah balik ya sayang. Ummi doakan Meyyah segera sihat. Ummi sedih tengok Meyyah tak sihat sebab Meyyah tak ceria. Mulut pun tak bising.

Gambar-gambar kat bawah ni saja ummi upload sebab Ummi dah lama tak uploas gambar Meyyah. Looking at the date, Meyyah boleh lah tahu its the latest to the earliest. Dah upload gambor kat blogspot ni gitu. Apa nak buat kan. Layan je la... :)












Tuesday, July 21, 2009

Dah mula makan


On the way balik Malaysia baru ni (di airport), Ummi suap tomato soup pada Meyyah. Memula Ummi tak nak bagi pun tapi bila Meyyah nampak macam nganga mulut bila tengok Ummi makan, Ummi pun suap lah. Surprisingly, banyak jugak Meyyah makan heheh.. Kesian dia. Rupanya Meyyah dah ready for food ya.

Bila di Malaysia, Opah masakkan bubur nasi. Ummi pun ada beli instant food dalam botol kecik tu. Meyyah memang makan. So, sekarang ni, bila dah ada di rumah kita, Ummi akan masak bubur nasi untuk Meyyah. Lebih sihat macam tu kan.

Lagi satu, after waiting for quite long, Meyyah mula meniarap on 11 July 2009. Kebetulan Ummi nampak. So, Ummi pun snap lah. Tapi, Ummi malas nak upload gambar dulu. Bukan malas tapi Ummi penat sangat today. Nanti-nanti, Ummi upload gambar ya sayang.

Wednesday, May 27, 2009

Lawatan kedua


Hati Ummi sedih bila Chomey batuk semula. Lepas vaccination hari Rabu lepas, Chomey demam. Tapi tak lama. Lepas tu Chomey batuk balik. On the 23rd May, Abah dan Ummi bawak Chomey jumpa doctor semula. Kali ni pergi jumpa doctor Kamal Ghairabeh. Kalau pergi Doctor Dina, silap-silap, kena nebulizer lagi sekali. Tak berkesudahan.

Dr. Kamal kata, situation macam tu biasa. Babies memang lambat sikit nak recover kalau sakit. Ohh.. gitu pulak! Ummi ingatkan kalau babies sakit senang sihat. Terbalik lah maknanya. Dr. Kamal bagi umat lain - fenistil dan apsal nose drops.

Setakat hari ni batuk Chomey nampaknya masih ada walaupun tak kerap sangat. Tapi setiap kali Chomey batuk, hati Ummi sangatlah tak tenteramnya. Kalau lah boleh transfer batuk tu pada Ummi kan senang. Tapi Ummi tahu, Allah lebih tahu apa yang terbaik. Sabar ya anak Ummi sayang. Cepatlah sembuh..







Tuesday, May 19, 2009

Get well soon my darling

You were smiling, laughing and giggling
You tried to touch the small pooh with the bell inside
I was amused and laughed together
I smiled and chuckled

Suddenly, you cough
A strange sound came from your throat
It was more like a dry phglem
and you cough again
after so many coughes

Ouch!
My heart wrenched and broke
No more smile on my lips
It hurt so much to hear you coughing my dear

How I wish we could swap
Let me be the one who cough
and you'll be in my shoes
Insyaallah, I could handle it better

You are too small to suffer the irritation
You are too naive to swallow the drugs

I am sorry my dear..
if it was due to your Ummi that you get sick
I wish I knew the root cause of it
and turn back time to do a correction
How I wish....

Ya Allah
Please forgive me
if it was due to my sin that my girl got sick
Please forgive me Ya Allah
Please bring back the happiness in her
Please bring away the cough and itchiness in her throat
Please... please... please...
Ameen...

Monday, May 11, 2009

She hates it



1st dose - 5 pm 5th April 2009

After more than a week of coughing, we brought her to meet Dr Dina at Mouwasat Hospital. As suspected, we were 'softly' scolded by the doctor. Yes, my dear. We should have brought you earlier to the hospital. We thought, the cough would go by itself. We didn't want you to be exposed to the drugs too soon, indeed. But, it seems that you have to 'take' the drugs really soon - at your 3 1/2 month of age. Poor my baby...

Just like your brother and sisters, you don't like nebulizer too. You screamed and cried whenever that huge mask started to blow the unfriendly smoke. Ummi really pity you but nothing much Ummi can do. The fume was escpecially crucial to soften you phlegm. Please bear with it.




Finally! On May 5th 2009 at 6.00pm, you completed your nebulizer dose. Alhamdulillah. No more trip to the hospital. But, you still coughing. Yes, it was much better actually. Please my dear. Get well soon. Ummi is worried whenever you cough. It hurts me so much...