Wednesday, January 21, 2009

15 January 2009 (18 Muharram 1430) - Khamis



Inilah entry pertama blog Sumeyyah. Ummi masih tak tahu nak panggil apa anak Ummi yang bongsu ni (buat masa ini). Ummi harap Sumeyyah anak yang bongsu tapi tak tahu lah kan, kalau Allah tentukan ada lagi lepas ni.. itu semua kerjaNya.. kita merancang, Allah yang menentukan. Anyway, Ummi nak panggil Sumeyyah dengan nama penuh sebab kalau pendekkan, hilang pulak makna yang elok tu nanti.


Untuk memulakan entry pertama, Ummi nak cerita detik-detik kelahiran Sumeyyah ke dunia yang fana ini.


Agak-agak dalam jam 8.00 pagi, Abah dan Ummi ke Mouwasat Hospital sebab memang doctor mintak pergi awal pagi untuk buat segala prosedur. Doctor mintak datang pagi sebab ada lab test dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun, doctor kata pembedahan akan dibuat pada jam 4 atau 5 petang.


Tiba di hospital, Ummi mendaftar. Giliran Ummi number 2. Ummi menunggu dengan penuh sabar (sabar ke? kira ye lah kan hehehh..). Bila tiba giliran Ummi, doctor siapkan semua paper work. Banyak betul kertas yang doctor kena tulis. Ummi pun kesian dengan doctor tu sebab rasanya lebih 10 helai kertas dia tulis. Orang ramai pulak tu kat luar menunggu. Sesekali bila nurse buka pintu bilik namp gelisah aje mak-mak arab yang kat luar tu.



Dah siap semua tu, nurse bawak Ummi pergi daftar bilik. Masuk saja bilik, seperti biasa Abah akan check mana yang tak kena. Macam lah duduk hotel kan. Boleh complain-complain hehee..


Tak lama lepas tu, Anaesthetist datang tanya macam-macam soalan pada Ummi. Macam tu rupanya prosedur kat sini. Kalau di Malaysia, takde mananya Anaesthetist nak datang. Masa bersalin Kak Coan dulu, Anaesthetist lah last sekali datang.


Ummi salin baju dan pakai pakaian hospital color pink. Tak lama lepas tu nurse datang bawak gelang tangan plastik dan lekat kat tangan Ummi dan equipment untuk CTG test. Nurse nama Zen dari Myanmmar tu pasang benda tu kat perut Ummi. Kesian nurse tu sebab lepas tu dia kena marah dengan seorang nurse lain sebab salah pasang CTG belt. Bila test selesai, doctor datang check. Dia tengok ada contraction.


Then nurse datang kata operation kena buat cepat. Tak boleh tunggu 5 petang. Alhamdulillah.. a blessing in disguise sebenarnya. Memang Ummi nak cepat pun. Penat menunggu lama. Lepas tu, segala procedure dibuat. Ummi dibawak ke bilik operation.


Sebelum keluar bilik, Ummi tiba-tiba teringatkan Opah. Ummi menangis. Abah pun heran dan Abah pun nangis sama hehee.. Ummi nak sangat call Opah sebelum operation tapi tak sempat dah. Abah tanya kenapa Ummi nangis then Ummi bagi tahu lah yang Ummi ingat Opah dan Atok.




Abah tak boleh masuk operation room. Tapi nurse bagi masuk sekejap. Ummi suruh Abah cepat-cepat keluar sebab nanti Ummi mesti nangis lagi. Ummi ni kan sensitif. Kalau tengok Abah, mesti sedih nanti.


Ummi masih mengalirkan air mata sampai lah ke hall way ke operation room. Doctor kat situ siap tanya kenapa Ummi nangis. Of courselah Ummi kata tak ada apa-apa. Lepas tu Ummi ditolak lagi. Jauhnya perjalanan Ummi. Tak tahulah bilik-bilik apa lah yang Ummi lalu.


Then Ummi sampai ke operation room yang betul. Tangan Ummi kena depa. Diorang inject apa entah kat tangan Ummi. Sakitnya la... Lepas tu doctor tu borak-borak dengan Ummi. Tak ingat dah apa yang dia tanya. Lepas tu nurse suruh Ummi sedut gas apa tak tahu lah. Rasa macam sedikit high. Lepas tu sedut lagi. Then ada injection lagi. Lepas tu Ummi rasa nurse tu pekapkan mask kat hidup Ummi. Ummi rasa lemas dan cuba untuk bernafas tapi tak dapat. Lepas tu Ummi dah hilang di alam ghaib hehehee..


Sedar-sedar aje, Ummi dengar,

"Operation done!"

Alamak.. Ummi masih di operation room rupanya. Kenapa lah sedar awal sangat. Bersalin yang dulu-dulu lambat Ummi sedar. Kali ni cepat pulak. Ummi dengar suara orang sekeliling. Cuma, Ummi tak dapat nak bergerak saja. Then Ummi rasa orang tepuk-tepuk pipi Ummi dan cakap,

"Madam! Madam!"

Dia nak suruh Ummi bangun agaknya. Ummi cuba buka mata tapi tak dapat. Tapi mungkin dia tengok Ummi ada tindakbalas jadi dia biarkan aje. Sejuknya dalam tu Allah saja yang tahu. Ummi rasa badan Ummi menggeletar. Then Ummi terasa panas, Ummi buang air agaknya hehehee... Lepas tu mungkin diorang pasang tiub air kencing tapi Ummi tak sedar sangat. Then Ummi rasa diorang sembur air ke bahagian bawah badan Ummi. Mungkin nak basuh darah lah tu. Diorang pusing badan Ummi. Aduh!!! Sakitnya laaaa... perut Ummi yang rasa sakit. Ganas betul diorang buat kerja. Lepas cuci, diorang betul kan badan Ummi semula.


Then, Ummi rasa diorang tolak Ummi kemana entah. Ada nurse datang and selimutkan Ummi dengan blanket panas. Bestnya rasa. Nyaman sekali sebab masa tu memang sejuk sesangat. Lepas tu diorang biarkan Ummi di satu tempat. Mereka kejut Ummi suruh bangun. Bila nampak Ummi buka mata sedikit, mereka suruh Ummi hengsotkan badan ke stretcher. Aduhai.. sakitnya laaa..


Sampai bilik Ummi (Room 143), sekali lagi, diorang suruh Ummi alihkan badan sikit sikit ke katil. Ummi sangat mamai masa tu kesan ubat bius. Ummi dengar Abah tanya nurse baby mana. Nurse kata ada diluar. Abah keluar nak tengok Sumeyyah. Ummi cuba buka mata sikit. Tengok jam di depan. Jam 2.40 petang. Lamanya Ummi di operation room. dari 12.00 tengahari sampai 2.40 petang.


Ummi dengar Abah masuk bilik dan bercakap di telefon. Sumeyyah lahir jam 12.32 petang. Lebih kurang macam Ummi lah. Ummi dulu lahir 12.55 petang. Bezanya, Ummi dilahirkan secara normal dan Sumeyyah secara Caeserian.


Lambat juga Ummi nak betul-betul sedar. Alhamdulillah, kepala Ummi tak pening. Cuma mamai aje. Abah tunjuk Ummi gambar Sumeyyah yang Abah snap guna hp camera. Merah sangat anak Ummi. Abah kata, ada kesan darah nurse belum cuci lagi. Tak tahu nak kata macam muka sapa masa tu. Sekali tengok macam Ummi. Sekali tengok macam Kak Sophea.


Petang tu baru Ummi sedar elok sikit. Ummi mintak nak tengok Sumeyyah tapi nurse tak bagi lagi. Takpe, Ummi sabar aje dulu. Ummi pun mulalah sms kawan-kawan Ummi. Excited sungguh kan Ummi ni.


Ummi tak boleh makan lagi. Alhamdulillah Ummi tak lah rasa lapar sebab masuk air. Macam-macam benda masuk dalam badan Ummi ni. Yang paling sakit bila kena injection. Nurse inject pain killer kat punggung Ummi. Adusshhh!!! sakitnya.. tapi tak lama lepas tu Ummi mula rasa high dan mengantuk sangat-sangat. Then terus tidur. Best kan. Tapi lepas tu, bila jaga, mulalah rasa sakit balik.


Memang Ummi rasa serik sikit bersalin kali ni. Mengenangkan Ummi sedar awal dan rasa sakit perut masa di operation room tu, Ummi rasa, enough la untuk kali ni. Tapi Ummi tak tahu lagi sebab masih ada peluang sayangku.... :).



11 comments:

ummu asiah said...

Alhamdulillah...

Selamat mengenali dunia untuk Sumeyyah...untung ummi dapat catatkan semua pengalaman dengan fresh sekali...mcm auntie ni...dah payah nak recall semua pengalaman lalu untuk anak2....kena banyakkan lagi baca Al-Quran untuk kuatkan ingatan...

Lagi 4 tahun la baru Sumeyyah dapat baca betul2 semua entry2 di sini...Moga membesar menjadi anak solehah....

Neeza Shahril said...

Kak N.., bila lama2 nanti banyak yang lupa. Anak-anak mesti nak excited tahu cerita2 ni kan.. nak tulis dalam buku penatnya laa..
lebih senang type.. untung juga ada blog macam zaman sekarang ni.. Alhamdulillah..

Shima said...

cantiknya blog sumeyyah ni...tp sumeyyah dah pandai mengadap pc ye......herrrraaaannnn.... :p

Raihah Rosli said...

Blog baru Sumeyyah.... hehehe.... baru 7 hari da ada blog.... hebat btul baby-baby zaman skrg ni :)

Rse mcmskit je dgr cter Kk Neeza...tkutnye !

Raihah Rosli said...

*mcm sakit

Zahraa George said...

advancenyer sumeyyah!!
dah ada blog..
takut pun ada bila baca saat2 sumeyyah nak dilahirkan...
akak dah selamat,as nih..adoiler...tawakal jer la ..

Neeza Shahril said...

Dik,

hahaha!!! itulah kanak2 cyber..
baru lahir dah pandai mengadap PC kuang kuang kuang!!!

***********************************

Raihah,

memang sakit sikit kali ni..
tapi jangan la takut pulak.. bila tengok muka anak tu, hilang sakit tu.. :)

***********************************

As,

kihkihkih!!! memang advance kan as..
Akak memang ingat lagi as.. tapi akak ni sebab beranak C-sec..
doa-doa As beranak normal la.. sakit kejap aje.. Insyaallah...

zura aini said...

Alhamdulillah, selamat dah kan Sumeyyeh keluar. Saya nak sebut Meyya je haaa....

Ngerilah baca bab2 operation ni. Nauzubillah. Jarum dicucuk2 tu pun ngeri rasanya.

Sumeyyah Shahril said...

Kak Zany,

neeza pun memula nak panggil meyya jugak.. tapi macam takde makna aje..
tapi rasanya, kalau dah besar, memang akan singkat aje panggilan kot hehee..
memang sakit kena cucuk jarum... aduiiii..

Nurul Nadiah said...

kakak. dah ada adik baru dah depa ni =)

jaga diri bebaik ya sis!

** cam takut je bace cite nak bersalin tu. gulp. =| Tapi nadia nak anak jugak. cemana tu. heheh =p

Neeza Shahril said...

Nadia,

thanks nadia.. cepat je kan. dah 4 anak akak :)

jangan takut.. bila dah bersalin, hilang semua sakit tu.. mesti rasa nak bersalin lagi hehee..