Tuesday, January 27, 2009

Tali pusat tanggal


Malam semalam ialah kali kedua Abah salinkan diaper Sumeyyah. Bila malam, Ummi rasa letih. Since Abah ada, Ummi mintak Abah tolong buatkan. Hopefully Abah ikhlas lah buat dan tak rasa macam kena jadi hamba abdi kan.


Tiba-tiba, Abah tunjuk kat Ummi satu benda,

"Nah!"

Haaaa??? Ini clip tali pusat. Kenapa Abah cabut pulak? Terkejut Ummi. Ummi ingatkan Abah tarik clip tu. Tak dapat Ummi bayangkan betapa pedihnya pusat Sumeyyah bila kena tarik clip tu. Rupanya bukan di cabut tapi memang tanggal dah pun.







Biar Ummi catat untuk Sumeyyah baca besar nanti. Tali pusat Sumeyyah tanggal pada 26 Januari 2009 - Isnin. Hari ini jugalah hari terakhir untuk Bibik Ani. Hari ini jugalah terjadinya satu kejadian yang akan Ummi ingat sampai bila-bila. Biarlah ianya menjadi rahsia hidup Ummi sayang.


Lambat juga tali pusat Sumeyyah tanggal - hampir 12 hari! Macam Abang Shahmey juga.. rasanya Abang Shahmey pun lebih dari 10 hari. Kakak Sophea dan Kak Coan saja yang cepat. Orang tua-tua kata, kalau tali pusat lambat tanggal, maknanya seseorang tu degil. Ummi tak percaya pun. Dah banyak benda so far yang Ummi tengok kata orang tua-tua tak boleh pakai semuanya. Ada sikit-sikit aje yang boleh pakai. Itu pun sebab kebetulan rasanya.


Anyway, semalam, lepas tanggal tali pusat tu, Ummi mintak Abah ambikkan lada hitam. Ummi pernah dengar Uwan suruh letak lada hitam kat pusat tu dan Ummi pernah terbaca jugak somewhere (Ummi tak ingat kat mana) bahawa elok letak lada hitam di pusat sebaik sahaja pusat tanggal untuk elakkan perut masuk angin.








Ummi pun letak lah semalam. Sikit saja. Tapi lepas tu macam Sumeyyah tak nak tidur pulak. Nangis sikit-sikit. Abah pujuk. Lepas tu Ummi susukan. Alhamdulillah, lepas tu lama Sumeyyah tidur. Lepas 4 jam baru bangun semula untuk susu.


Hari ni senang sikit Ummi mandikan Sumeyyah sebab tak lah tersekat dengan clip tu lagi. Hari ni juga Sumeyyah schedule for BCG vaccination. Hopefully dapatlah buat sebab dah 2 minggu tertangguh.


Sekarang, anak Ummi tidur dengan nyenyaknya. Memang macam tu lah Sumeyyah tidur lepas Ummi mandikan. Maklumlah, perut berangin - Ummi letak minyak yuyi :).

4 comments:

Ummi365 said...

salam sumeyyah. comelnya macam dah umur 2 bulan dah. ada rupa sophea sikit bila pandang tepi.

k.ummi harap neeza ok ya. tenguk entry macam ada sedih sikitlah. hati2 ya dalam pantang tu.

Neeza Shahril said...

Kak Ummi, kalau tengok kat luar macam budak baru lahir sebab dia kecikkk sangat...

entry sedih..? ye ke kak?
thanks ya kak Ummi :)

Zahraa George said...

aik,cepatnyer dah besar sumeyyah..
aritu tengok yg posting mula-mula kecik jer..nih dah besar..

Neeza Shahril said...

As, tengok dalam gambar aje.. most of the time dia tidur.
Susah nak ambik gambar dia senyum and bangun.. kebetulan aje tu..