Saturday, January 31, 2009

Chomey anak yang baik kan... :)


Semalam, Abah cukur rambut Sumeyyah sampai botak. Ummi suka sebab dulu Abang Shahmey pun cukur botak jugak. Ummi tak tahu apa kebaikan cukur rambut tapi ianya sunnah. Ummi nampak juga beza perangai Abang Shahmey berbanding kakak-kakak. Tak tahu lah kalau Ummi aje yang perasan.


Sumeyyah diam sepanjang proses cukur kepala tu. Sikit pun tak nangis. Senang kerja Abah. Kerja Ummi cuma pegang Sumeyyah sambil bagi susu. Kalau menyusu, takdelah Sumeyyah gerak banyak. Abah buat dengan hati-hati sebab tak nak terluka pulak nanti. Maklumlah kepala Sumeyyah masih lembut lagi.





Lepas cukur, Ummi mandikan Sumeyyah. Selesa sangat agaknya. Lepas pada tu Sumeyyah tidur. Memang siang hari Sumeyyah akan tidur lepas menyusu. Takde masalah untuk Ummi. Tapi.... pada malam hari, Sumeyyah lambat nak tidur. Dah beberapa malam Sumeyyah 'dera' Ummi dan Abah. Sebelum betul-betul tidur, Sumeyyah merengek-rengek macam tak kenyang minum susu. Nak kata angin ke tak tahu lah pulak. Puas dah Ummi sapu minyak yuyi cap limau yang kononnya sangat elok untuk kembung perut.







Walau bagaimanapun, once Sumeyyah tidur, Sumeyyah tak bangun lagi untuk merengek. Kalau bangun pun, cuma untuk menyusu. Lepas tu tidur balik. Dan Ummi pun tidur lah jugak. Memang letih bila Sumeyyah kecil lagi ni. Selalu bangun malam untuk menyusu. Belakang Ummi pun sakit-sakit sebab duduk membongkok untuk susukan anak Ummi ni. Ummi ni sepatutnya berurut lepas bersalin tapi tiada tukang urut. Jadi, bersabar sajalah....

Tuesday, January 27, 2009

Tali pusat tanggal


Malam semalam ialah kali kedua Abah salinkan diaper Sumeyyah. Bila malam, Ummi rasa letih. Since Abah ada, Ummi mintak Abah tolong buatkan. Hopefully Abah ikhlas lah buat dan tak rasa macam kena jadi hamba abdi kan.


Tiba-tiba, Abah tunjuk kat Ummi satu benda,

"Nah!"

Haaaa??? Ini clip tali pusat. Kenapa Abah cabut pulak? Terkejut Ummi. Ummi ingatkan Abah tarik clip tu. Tak dapat Ummi bayangkan betapa pedihnya pusat Sumeyyah bila kena tarik clip tu. Rupanya bukan di cabut tapi memang tanggal dah pun.







Biar Ummi catat untuk Sumeyyah baca besar nanti. Tali pusat Sumeyyah tanggal pada 26 Januari 2009 - Isnin. Hari ini jugalah hari terakhir untuk Bibik Ani. Hari ini jugalah terjadinya satu kejadian yang akan Ummi ingat sampai bila-bila. Biarlah ianya menjadi rahsia hidup Ummi sayang.


Lambat juga tali pusat Sumeyyah tanggal - hampir 12 hari! Macam Abang Shahmey juga.. rasanya Abang Shahmey pun lebih dari 10 hari. Kakak Sophea dan Kak Coan saja yang cepat. Orang tua-tua kata, kalau tali pusat lambat tanggal, maknanya seseorang tu degil. Ummi tak percaya pun. Dah banyak benda so far yang Ummi tengok kata orang tua-tua tak boleh pakai semuanya. Ada sikit-sikit aje yang boleh pakai. Itu pun sebab kebetulan rasanya.


Anyway, semalam, lepas tanggal tali pusat tu, Ummi mintak Abah ambikkan lada hitam. Ummi pernah dengar Uwan suruh letak lada hitam kat pusat tu dan Ummi pernah terbaca jugak somewhere (Ummi tak ingat kat mana) bahawa elok letak lada hitam di pusat sebaik sahaja pusat tanggal untuk elakkan perut masuk angin.








Ummi pun letak lah semalam. Sikit saja. Tapi lepas tu macam Sumeyyah tak nak tidur pulak. Nangis sikit-sikit. Abah pujuk. Lepas tu Ummi susukan. Alhamdulillah, lepas tu lama Sumeyyah tidur. Lepas 4 jam baru bangun semula untuk susu.


Hari ni senang sikit Ummi mandikan Sumeyyah sebab tak lah tersekat dengan clip tu lagi. Hari ni juga Sumeyyah schedule for BCG vaccination. Hopefully dapatlah buat sebab dah 2 minggu tertangguh.


Sekarang, anak Ummi tidur dengan nyenyaknya. Memang macam tu lah Sumeyyah tidur lepas Ummi mandikan. Maklumlah, perut berangin - Ummi letak minyak yuyi :).

Monday, January 26, 2009

19 January 2009 - Monday (last day in hospital)

Sayang,

walaupun tangan Ummi sakit dan tekak Ummi gatal, Ummi happy hari ni sebab doctor kata Ummi dan Sumeyyah dah boleh balik. Pagi ni Ummi mandi sebab nak balik kan. Cumanya, Ummi tak dapat lah basahkan seluruh badan sebab stitches Ummi tu. Ummi basuh rambut then basahkan bahagian yang tak dekat dengan stitches. Rasa segar sikit badan Ummi. Alhamdulillah.



Lepas mandi, Ummi duduk di kerusi. Nurse dan Dr Hala masuk nak buat dressing. Kesian nurse tu kena marah dengan doctor bila tengok Ummi tak ready atas katil. Dia suruh nurse bagi tahu Ummi dulu sebelum doctor masuk so that Ummi baring kat katil. Ummi tak salahkan nurse tu sebab doctor tu pun nampak macam tak sabar sangat.


Masa buat dressing, tak habis-habis doctor berkasar dengan nurse tu. Nasib baiklah dia tak kasar masa buat dressing Ummi. Cuma nampak macam gelojoh sikit je hehehe.. Ummi tak sakit masa buat dressing. Ummi rasa sejuk dan numb aje. Best sangat hehee.. Sebelum-sebelum ni (masa bersalinkan kakak-kakak dan Abang Shahmey), memang sakit bila buat dressing. Rasa nak nangis pun ada. This time, tak. Alhamdulillah... Rasa macam nak suruh doctor tu buat lagi je hehehehe..


Before Abah datang, Ummi mintak Abah belikan chocolate untuk Ummi bagi pada nurse-nurse dan staff yang susah payah jaga Ummi kat hospital.


Bila Abah datang, Abah angkat segala khazanah yang penuh dalam wad Ummi (hadiah dari orang untuk Sumeyyah lah kebanyakannya). Lepas tu barulah bersedia untuk balik. Lambat jugak nak tunggu process tu selesai hinggakan kami sempat lunch dulu dalam wad. Free lunch dari hospital ;).


Before balik, Ummi bagi cookies tu pada nurse-nurse kat counter tu. Of courselah diorang kata, diorang berkhidmat dengan ikhlas, jadi tak nak mintak balasan. Tapi Ummi bukan balas apa pun tapi hanyalah tanda ingatan terima kasih. Orang berbudi kita berbahasa.. ingat tu ya sayang..



Bila dah turun tu, Abah pergi ambil ubat di farmasi dulu. Banyak betul ubat untuk Ummi makan. Ubat untuk Sumeyyah cuma alchohol swabs saja. Insurance tak cover pulak yang tu. Tapi tak mahal. Cuma SR8 saja. Kalau kat Malaysia, biasanya diorang bagi alchohol aje. Kena sapu guna cotton. Sini pakai swabs pulak.


Sampai dirumah, kakak-kakak belum balik sekolah. Abang Shahmey ada kat rumah tapi dia tidur. Tak lama lepas tu dia bangun. Excited dia tengok Abah, Ummi dan Sumeyyah ada dirumah. Ummi pun lega bila dah sampai rumah. Alhamdulillah...


Sunday, January 25, 2009

18 January 2009 - Sunday


Sayang Ummi Sumeyyah,

hari ni ialah hari ke 4 Ummi berada di hospital dan hari ke 4 juga Sumeyyah dilahirkan ke dunia yang fana ini. Alhamdulillah, Ummi dan boleh duduk di kerusi dengan agak selesa walaupun perut Ummi masih sakit sikit lagi. Ummi dapat breastfeed Sumeyyah dengan lebih mudah bila duduk di kerusi.






Pagi ni ada a few doctors datang tengok Ummi. Bukanlah tengok tapi nak check health condition Ummi. Doctor Ramona dan seorang doctor perempuan yang agak muda. Mereka tengok perut Ummi. Doctor perempuan yang seorang lagi tu dengan selamba pergi tekan perut Ummi. Adush!!! sakitnya sayang.. Ummi rasa nak tendang aje muka dia tapi bila fikir balik, mungkin dia sengaja buat gitu supaya perut Ummi tak jadi pejal. Sebabnya kan, lepas doctor tu tekan perut Ummi dan bila Ummi kata "Ouch!!", Dr Ramona kata "Good!!". Ummi senyum aje tapi geram jugak sebenarnya.



Ummi ingat hari ni Ummi dah boleh discharge tapi rupanya belum lagi. Dr Ramona kata Ummi kena stay another 1 day di hospital. Sedihn jugak sebenarnya sebab Ummi dah bosan sesangat duduk di wad. Lepas tu, Dr Ramona mintak nurse check Hemoglobin Ummi sebab sebelum delivery, Hemoglobin Ummi agak rendah.



Nurse datang lepas tu ambil darah Ummi. Sekali lagi kena inject. Sabar aje lah. Ummi dah naik phobia dengan jarum sebenarnya tapi apakan daya. Takkan Ummi nak jerit macam Kak Coan kan hehee..



Abah call Ummi dan tanya sama ada Abah nak kena pack barang-barang kat rumah Uncle Pok Li. Abah kan tidur rumah Uncle Pok Li sepanjang Ummi di wad. Abah tak boleh teman Ummi di wad sebab rules hospital tak benarkan lelaki bermalam di wad pesakit wanita. Kesian Abah terpaksa menumpang rumah kawan kan. Ummi bagi tahu Abah yang Ummi tak boleh discharge lagi. Abah macam frust jugak. Ummi tahu Abah pun penat ulang alik dari Jubail ke Fanateer tapi nak buat macam mana kan.



Hari ni Ummi snap banyak gambar Sumeyyah. Barulah Ummi dapat tengok anak Ummi celik mata. Kalau tidak, selalu aje tidur. Agaknya Sumeyyah tak puas lagi tidur dalam perut Ummi ni :).



Dalam bilik sekarang ni ada 2 bouquet bunga yang tidak baik untuk hidung Sumeyyah. 1 bunga di hadiahkan oleh boss Abah - Fayez dan 1 lagi di hadiahkan oleh company Abah - SChem. Memang cantik bunga-bunga tu tapi tak elok untuk kesihatan. Jadi, bila Abah nak balik aje, Ummi mintak Abah bawak balik semua bunga tu.



Sebelum Abah balik, nurse datang bagi tahu yang level Hemoglobin Ummi sangat rendah - 8.1 sahaja. Ummi perlu disuntik dengan Ferros - rasanya Ferrum liquid. Ummi pun tak pasti sangat tapi color dia brownish gitu. Sekali lagi tangan Ummi kena inject dengan benda apa nama Ummi pun tak tahu. Banyak juga liquid tu. Ummi kena stay put tangan kanan kat bantal saja. Tak boleh gerak-gerak.


Masa tu, Sumeyyah ada dibilik Ummi. Memang Ummi mintak pun dari nurse sebab Ummi nak susukan Sumeyyah. Tak sangka pulak nurse datang inject tangan Ummi. Jadinya, tak dapat lah Ummi nak susukan anak Ummi since Ummi cuma boleh gerak sebelah tangan saja. Sedihnya la.


Lepas Abah balik, anak Ummi nangis sebab lapar. Ummi dah tak tahu nak buat apa. Sebelah tangan terlekat pada wire. Ummi buzz nurse. Nurse datang and Ummi bagi tahu mintak panggil nursery untuk bawak Sumeyyah balik nursery. Tapi lambat betul nurse di nursery nak datang. Sumeyyah dah jerit sekuat hati. Tak sampai hati Ummi tengok. Nak gerak tangan nanti nurse marah sebab liquid tak masuk badan. Tapi Ummi lebih tak sampai hati tengok Sumeyyah nangis. Dengan sebelah tangan Ummi angkat anak Ummi. Memang susah tapi Alhamdulillah dapat juga. Maklumlah anak Ummi kan kecil dan ringan. Itulah hikmah Sumeyyah dilahirkan kecil agaknya. Allah tahu Ummi tak larat jadi dia jadikan anak Ummi ni paling ringan antara 4 adik beradik.


Dapat juga Ummi susukan Sumeyyah dan Sumeyyah pun diam. Lega hati Ummi. Ummi tengok liquid memang tak gerak. Maknanya tak masuk dalam badan Ummi. Bila nurse masuk check liquid, Ummi bagi tahu saja yang Ummi terpaksa pegang Sumeyyah. Nasib baik dia tak marah. Kalau dia marah, mahu Ummi mengamuk sebab panggil nursery tak datang-datang pun.


Tak lama lepas tu nurse dari nursery datang. Dia bagi tahu yang nursery busy sangat. Hati Ummi tak jadi nak marah bila dia cakap baik-baik. Then, dia ambik Sumeyyah dan Ummi pun baring semula so that liquid Ferros tu masuk dalam badan Ummi.


Mungkin lambat sangat liquid nak masuk, nurse datang semula dan inject direct ke tangan Ummi. Rasa nak meraung pun ada sebab sakit sangat. Tapi Ummi tak lah meraung. Nanti orang kata gila pulak.


Tapi, mulai malam ni Ummi perasan Ummi mula batuk. Ummi tak pasti adakah ia disebabkan Ferros tu? Tak habis-habis Ummi minum air sebab bila batuk, perut Ummi sakit sangat. Ummi mintak nurse air suam. Dia bawak 1 jug! Sabar aje lah. Macam lah air tu boleh suam sampai ke pagi hehehee.. Memang ternyata, tak habis pun air tu.


Ummi tak dapat tidur lena. Breast Ummi sakit sebab membengkak tak dapat susukan Shahmey dan tangan Ummi sakit. Tambah lagi dengan batuk yang Ummi alami. Rasa sedih sangat. Ummi tak dapat tidur lena.


Saturday, January 24, 2009

17 January 2009 - Saturday

Sayang Ummi,

hari ni Abah datang tak lah lewat sangat walaupun masih lagi lepas pukul 10 pagi ;). Hari ni kakak-kakak dah start sekolah sebab hari ni hari Sabtu. Jadi, Abah datang sorang saja. Kesian Abah. Sepanjang masa Ummi di hospital, Abah tumpang tidur rumah kawan dia. Nak tidur di rumah tak sesuai sebab Ummi takde. Cuma ada bibik dan kakak-kakak serta Abang Shahmey.



Hari ni doktor bagi tahu Ummi yang Ummi dah boleh makan. Tak perlu ambil fluid diet lagi. Macam semalam kena makan fluid diet, tak lalu langsung. Apa taknya, diorang bagi sup kosong yang cuma ada rasa ayam dan jelly perisa oren. Tak sedap langsung! Sabar ajelah Ummi ni kan. Dalam sakit-sakit pun nak memilih jugak. Tapi memang Ummi jamah sikit saja pun semalam.


Bila caterer datang hantar fluid diet, Ummi bagi tahu Abah mintak tanya kat nurse kenapa fluid diet lagi. Then, barulah mereka tukar. Inilah makanan Ummi pada tengahari ini. Sedap tak? Hehehe.. sedaplah jugak...




Pagi tadi mereka serve ommelette and relur rebus. Ummi makan ommelette aje. Kalaulah Wan dan Opah tahu Ummi makan telur, memanglah diorang bising sebab orang melayu kata telur tak elok untuk luka. Nanti bernanah. Kat hospital mana pernah ada pantang larang. Eat all you can expecially vegetables, kata doctor. Memang lah mereka bagi ubat. Insyaallah, tak apa apa kot.


Ummi mintak Abah ambik kakak-kakak dari sekolah. Kalau mereka balik rumah terus, memang tak siap lah homework. Sape nak ajar. Since semalam Ummi tak jumpa Abg Shahmey, hari ni Abah pergi ambik Abg Shahmey juga. Bibik mestilah ikut sekali kan.





Bila Abg Shahmey datang, havoc lah sekejap bilik Ummi. Anyway, Ummi happy sebab dapat tengok semua anak Ummi. Rasa ramai aje anak-anak Ummi. Sekejap aje. Dalam 9 tahun Ummi dan Abah bersatu, dah dapat 4 cahayamata. Alhamdulillah.


Hari ni ada lagi orang datang visit Ummi and Sumeyyah. Terhibur sikit hati Ummi yang terlantar di katil lagi ni.




Ummi dah banyak susukan Sumeyyah setakat hari ni. Lepas susu, Sumeyyah akan tidur nyenyak sampai lah ternganga mulut hehehe..



Abah, kakak-kakak dan Abang Shahmey balik awal malam ni sebab mereka tak dinner lagi. Kesian pulak kat mereka. Nak tengok Ummi, makan pun lari time. Dah lah esok kakak-kakak kena sekolah lagi. Macam tu lah keadaannya bila Ummi bersalinkan Sumeyyah di Arab Saudi ni. Takde saudara lain. Nak mintak tolong kawan-kawan segan juga sebab mereka juga ada urusan mereka sendiri. Itupun memang dah ada yang menolong.

Thursday, January 22, 2009

16 January 2009


Sumeyyah,

masa Ummi tengah sedap-sedap berehat atas katil hospital Mouwasat bilik 143 tu, nurse masuk, on lampu. Kacau betul lah nurse ni. Dua orang sekali masuk. Ingatkan kenapa. Rupanya mereka suruh Ummi turun katil. Ummi tengok jam. 12.35 malam tuuuu..


Mula-mula nurse India yang baik hati tu suruh Ummi duduk. Lepas tu sorang lagi sibuk-sibuk untuk kemas katil Ummi. Dia pegang tangan Ummi, tegakkan katil and tolong Ummi bangun. Sakit sangat tau perut Ummi. Maklumlah, baru siang tadi perut Ummi kena belah dan jahit. Bukan selapis tapi 3 lapis! Pedihnya masih terasa. Tapi nurse suruh jugak Ummi duduk dan turun katil. Dia suruh Ummi masuk toilet.


Dia pimpin tangan Ummi dengan lembut. Perlahan-lahan dia pimpin Ummi. Dia ambikkan selipar dan pakaikan pada Ummi. Sikit pun dia tak marah. Ummi tak dapat bayangkan kalau Ummi bersalin di hospital kerajaan di Malaysia. Daripada cerita yang Ummi dengar dari kawan-kawan, nurse suka marah-marah. Takdenya diorang nak tolong. Anyway, Ummi tak pernah kena macam tu jadi tak berani Ummi nak cakap apa.


Then, Ummi masuk toilet. Dia suruh Ummi duduk di bowl. Ummi pun heran. Wire saluran kencing belum pun cabut. Nak suruh kencing camana pulak. Dia kata dia nak cuci darah. Memang betul, dia lap darah nifas Ummi dan semburkan air. Then dia lap dengan toilet rolls. Then dia suruh Ummi bangun. Buka baju dan dia salinkan baju lain. Dalam pada tu, nurse sorang lagi sibuk pasang cadar baru katil Ummi.


Dah settle dalam toilet, dia pimpin Ummi keluar. Bukan terus ke katil tapi pergi ke tingkap dulu. Dia memang nak suruh Ummi jalan-jalan. Then barulah dia pimpin Ummi naik katil. Slowly aje dia buat semua tu supaya Ummi tak sakit. Tapi, mana ada tak sakit. Cumanya, bila dilayan baik macam tu, tak lah terasa sangat kesakitan tu. Alhamdulillah. Lepas tu mereka suruh Ummi tidur.


Paginya, Ummi rasa segar sikit. Ummi cuba bangun sendiri. Senang sikit rasanya. Cuma sakit di perut menghalang Ummi untuk kuat-kuat sangat bergerak. Ummi masih tak boleh makan lagi. Syukurlah Ummi tak rasa lapar sebab glucose sentiasa masuk badan Ummi melalui wire di tangan.


Hari ni Ummi tak ambil 1 pun gambar Sumeyyah. Kebanyakan masa Sumeyyah ada di nursery saja. Ummi nak susukan pun susah sebab tangan Ummi di berwire lagi. Nurse pun tak bagi Ummi gerak tangan sebab nanti liquid tak masuk badan. Camanalah Ummi nak pegang sayang Ummi dengan sebelah tangan kan.


Ramai orang datang melawat Ummi dan Sumeyyah hari ni. Walaupun gitu, Ummi tak turun katil lagi. Elok jugak Ummi tak turun sebab kalau turun, tak pasal-pasal kakak-kakak dan abang Sumeyyah langgar Ummi. Tapi kan, Abang Shahmey takut nak baring di katil Ummi. Dia selalu panggil Ummi tapi bila Abah nak letak dia sebelah Ummi, dia cakap,

"Nanak!!"

Hehehee.. kelakar sungguh la Abang Sumeyyah tu kan. Tapi hari ni Abang Shahmey tak datang tengok Ummi pun. Memang Abah tak bawak dia. Cuma kakak-kakak aje yang datang. Abang Shahmey pun kecil lagi dan tak reti apa. Dia cuma tahu berlari dan gegarkan katil Ummi macam semalam. Sakit betul rasanya perut Ummi bila katil kena gegar.


Itu saja update untuk hari kedua. Gambar pun takde. Takpe, hari ke3, ada gambar... :)





Wednesday, January 21, 2009

15 January 2009 (18 Muharram 1430) - Khamis



Inilah entry pertama blog Sumeyyah. Ummi masih tak tahu nak panggil apa anak Ummi yang bongsu ni (buat masa ini). Ummi harap Sumeyyah anak yang bongsu tapi tak tahu lah kan, kalau Allah tentukan ada lagi lepas ni.. itu semua kerjaNya.. kita merancang, Allah yang menentukan. Anyway, Ummi nak panggil Sumeyyah dengan nama penuh sebab kalau pendekkan, hilang pulak makna yang elok tu nanti.


Untuk memulakan entry pertama, Ummi nak cerita detik-detik kelahiran Sumeyyah ke dunia yang fana ini.


Agak-agak dalam jam 8.00 pagi, Abah dan Ummi ke Mouwasat Hospital sebab memang doctor mintak pergi awal pagi untuk buat segala prosedur. Doctor mintak datang pagi sebab ada lab test dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun, doctor kata pembedahan akan dibuat pada jam 4 atau 5 petang.


Tiba di hospital, Ummi mendaftar. Giliran Ummi number 2. Ummi menunggu dengan penuh sabar (sabar ke? kira ye lah kan hehehh..). Bila tiba giliran Ummi, doctor siapkan semua paper work. Banyak betul kertas yang doctor kena tulis. Ummi pun kesian dengan doctor tu sebab rasanya lebih 10 helai kertas dia tulis. Orang ramai pulak tu kat luar menunggu. Sesekali bila nurse buka pintu bilik namp gelisah aje mak-mak arab yang kat luar tu.



Dah siap semua tu, nurse bawak Ummi pergi daftar bilik. Masuk saja bilik, seperti biasa Abah akan check mana yang tak kena. Macam lah duduk hotel kan. Boleh complain-complain hehee..


Tak lama lepas tu, Anaesthetist datang tanya macam-macam soalan pada Ummi. Macam tu rupanya prosedur kat sini. Kalau di Malaysia, takde mananya Anaesthetist nak datang. Masa bersalin Kak Coan dulu, Anaesthetist lah last sekali datang.


Ummi salin baju dan pakai pakaian hospital color pink. Tak lama lepas tu nurse datang bawak gelang tangan plastik dan lekat kat tangan Ummi dan equipment untuk CTG test. Nurse nama Zen dari Myanmmar tu pasang benda tu kat perut Ummi. Kesian nurse tu sebab lepas tu dia kena marah dengan seorang nurse lain sebab salah pasang CTG belt. Bila test selesai, doctor datang check. Dia tengok ada contraction.


Then nurse datang kata operation kena buat cepat. Tak boleh tunggu 5 petang. Alhamdulillah.. a blessing in disguise sebenarnya. Memang Ummi nak cepat pun. Penat menunggu lama. Lepas tu, segala procedure dibuat. Ummi dibawak ke bilik operation.


Sebelum keluar bilik, Ummi tiba-tiba teringatkan Opah. Ummi menangis. Abah pun heran dan Abah pun nangis sama hehee.. Ummi nak sangat call Opah sebelum operation tapi tak sempat dah. Abah tanya kenapa Ummi nangis then Ummi bagi tahu lah yang Ummi ingat Opah dan Atok.




Abah tak boleh masuk operation room. Tapi nurse bagi masuk sekejap. Ummi suruh Abah cepat-cepat keluar sebab nanti Ummi mesti nangis lagi. Ummi ni kan sensitif. Kalau tengok Abah, mesti sedih nanti.


Ummi masih mengalirkan air mata sampai lah ke hall way ke operation room. Doctor kat situ siap tanya kenapa Ummi nangis. Of courselah Ummi kata tak ada apa-apa. Lepas tu Ummi ditolak lagi. Jauhnya perjalanan Ummi. Tak tahulah bilik-bilik apa lah yang Ummi lalu.


Then Ummi sampai ke operation room yang betul. Tangan Ummi kena depa. Diorang inject apa entah kat tangan Ummi. Sakitnya la... Lepas tu doctor tu borak-borak dengan Ummi. Tak ingat dah apa yang dia tanya. Lepas tu nurse suruh Ummi sedut gas apa tak tahu lah. Rasa macam sedikit high. Lepas tu sedut lagi. Then ada injection lagi. Lepas tu Ummi rasa nurse tu pekapkan mask kat hidup Ummi. Ummi rasa lemas dan cuba untuk bernafas tapi tak dapat. Lepas tu Ummi dah hilang di alam ghaib hehehee..


Sedar-sedar aje, Ummi dengar,

"Operation done!"

Alamak.. Ummi masih di operation room rupanya. Kenapa lah sedar awal sangat. Bersalin yang dulu-dulu lambat Ummi sedar. Kali ni cepat pulak. Ummi dengar suara orang sekeliling. Cuma, Ummi tak dapat nak bergerak saja. Then Ummi rasa orang tepuk-tepuk pipi Ummi dan cakap,

"Madam! Madam!"

Dia nak suruh Ummi bangun agaknya. Ummi cuba buka mata tapi tak dapat. Tapi mungkin dia tengok Ummi ada tindakbalas jadi dia biarkan aje. Sejuknya dalam tu Allah saja yang tahu. Ummi rasa badan Ummi menggeletar. Then Ummi terasa panas, Ummi buang air agaknya hehehee... Lepas tu mungkin diorang pasang tiub air kencing tapi Ummi tak sedar sangat. Then Ummi rasa diorang sembur air ke bahagian bawah badan Ummi. Mungkin nak basuh darah lah tu. Diorang pusing badan Ummi. Aduh!!! Sakitnya laaaa... perut Ummi yang rasa sakit. Ganas betul diorang buat kerja. Lepas cuci, diorang betul kan badan Ummi semula.


Then, Ummi rasa diorang tolak Ummi kemana entah. Ada nurse datang and selimutkan Ummi dengan blanket panas. Bestnya rasa. Nyaman sekali sebab masa tu memang sejuk sesangat. Lepas tu diorang biarkan Ummi di satu tempat. Mereka kejut Ummi suruh bangun. Bila nampak Ummi buka mata sedikit, mereka suruh Ummi hengsotkan badan ke stretcher. Aduhai.. sakitnya laaa..


Sampai bilik Ummi (Room 143), sekali lagi, diorang suruh Ummi alihkan badan sikit sikit ke katil. Ummi sangat mamai masa tu kesan ubat bius. Ummi dengar Abah tanya nurse baby mana. Nurse kata ada diluar. Abah keluar nak tengok Sumeyyah. Ummi cuba buka mata sikit. Tengok jam di depan. Jam 2.40 petang. Lamanya Ummi di operation room. dari 12.00 tengahari sampai 2.40 petang.


Ummi dengar Abah masuk bilik dan bercakap di telefon. Sumeyyah lahir jam 12.32 petang. Lebih kurang macam Ummi lah. Ummi dulu lahir 12.55 petang. Bezanya, Ummi dilahirkan secara normal dan Sumeyyah secara Caeserian.


Lambat juga Ummi nak betul-betul sedar. Alhamdulillah, kepala Ummi tak pening. Cuma mamai aje. Abah tunjuk Ummi gambar Sumeyyah yang Abah snap guna hp camera. Merah sangat anak Ummi. Abah kata, ada kesan darah nurse belum cuci lagi. Tak tahu nak kata macam muka sapa masa tu. Sekali tengok macam Ummi. Sekali tengok macam Kak Sophea.


Petang tu baru Ummi sedar elok sikit. Ummi mintak nak tengok Sumeyyah tapi nurse tak bagi lagi. Takpe, Ummi sabar aje dulu. Ummi pun mulalah sms kawan-kawan Ummi. Excited sungguh kan Ummi ni.


Ummi tak boleh makan lagi. Alhamdulillah Ummi tak lah rasa lapar sebab masuk air. Macam-macam benda masuk dalam badan Ummi ni. Yang paling sakit bila kena injection. Nurse inject pain killer kat punggung Ummi. Adusshhh!!! sakitnya.. tapi tak lama lepas tu Ummi mula rasa high dan mengantuk sangat-sangat. Then terus tidur. Best kan. Tapi lepas tu, bila jaga, mulalah rasa sakit balik.


Memang Ummi rasa serik sikit bersalin kali ni. Mengenangkan Ummi sedar awal dan rasa sakit perut masa di operation room tu, Ummi rasa, enough la untuk kali ni. Tapi Ummi tak tahu lagi sebab masih ada peluang sayangku.... :).